Friday, 8 March 2013

sabah milik malaysia or filipina ???


Sabah telah lama menjadi pertikaian antara malaysia dan filipina. Bahkan ketika zaman sebelum merdeka dulu. Namun Sabah menjadi sebahagian dari Malaysia setelah punggutan suara di lakukan, Sabah memilih mahu bersama2 Malaysia kerana Malaysia ketika itu majoritinya penganut islam. Sabah tidak mahu bersama2 filipina yang majoritinya penganut kristian. Punggutan suara itu ataupun dinamakan sebagai suruhanraja cobbod adalah punggutan suara yang sah dan mewakili pendapat dan pendirian mereka2 yang tinggal dan lahir di sabah ketika itu. Filipina tidak dapat menerima hal tersebut. Pada mereka, kesultananan sulu telah menjadi hak filipina dan sabah milik kesultanan sulu jadi ini bermaksud sabah mereka punya. Bahkan mereka melakukan pelbagai perkara/tindakan termasuklah memusuhi malaysia semata2 mahu dapatkan sabah. Dulu pernah tersebarnya satu cerita bahawa filipina siap ada misi khas untuk merampas sabah. sebab tue la kedutaan mereka [Filipina] kat sabah tue lambat dibuat. Sebab inilah konfliknya. Filipina benar2 beranggapan sabah hak mereka. Nak bawa pergi ICJ, nak heret UN, sedangkan UN sendiri iktirafkan sabah ialah malaysia dan malaysia ialah sebuah negara yang sah. Mereka bahkan menulis dalam buku sejarah mereka bahawa sabah ialah hak mereka. Mereka tak boleh terima. Mereka disogokkan cerita oleh kerajaan mereka bahawa sabah hak filipina.

LAHAD DATU KE LAHAD SULU???





Seperti tidak ada muqaddimah, tiba-tiba sahaja negara dikejutkan dengan peristiwa Lahad Datu dan lebih parah ia telah melibatkan banyak pembunuhan dan Lahad Datu kini seolah-olah berada dalam zon ‘peperangan’. Asalnya dikatakan bermula dengan tuntutan Sultan Sulu ke atas Sabah, namun kini ia berakhir dengan pertumpahan darah. Setakat ini, 8 orang anggota keselamatan Malaysia telah terbunuh manakala lebih kurang 30 orang ‘tentera’ Sultan Sulu terkorban. Sejak tercetusnya peristiwa ini, terlalu banyak persoalan yang muncul dan bermain di minda rakyat. Paling ketara ialah bagaimana perairan negara boleh diceroboh oleh sepasukan orang bersenjata tanpa dapat dikesan, walhal Malaysia mempunyai peralatan pengesan yang boleh dikatakan agak canggih dengan operasi kawalan perairan yang sistematik oleh beberapa pasukan keselamatan. Ada yang menyifatkan kejadian ini mirip dengan tragedi Al-Maunah di Sauk, Perak lebih 10 tahun lepas yang penuh tanda tanya di mana penceroboh berjaya melepasi kawalan keselamatan dengan cukup mudah. Bermula dari sini, satu per satu persoalan yang mencurigakan muncul, apatah lagi apabila Perdana Menteri tidak tampil memberikan penjelasan kepada segala persoalan rakyat. Tanda tanya lebih besar muncul apabila pasukan polis dan bukannya tentera yang mengendalikan kes ini walhal ia melibatkan pencerobohan bersenjata dari luar, yang seharusnya dikendalikan oleh tentera. Masih banyak lagi peristiwa dan persoalan-persoalan ‘aneh’ yang kekal tidak terjawab, kesemuanya berlegar baik di alam nyata mahupun di alam maya yang menjadi perbualan hangat masyarakat.


Namun, satu hal yang tak dapat dinafikan ialah tragedi berdarah Lahad Datu ini berlaku tatkala pilihan raya umum (PRU) ke-13 sudah sangat hampir. Dengan semakin menimbunnya kes-kes rasuah, kronisme, penyelewengan dan segala macam skandal yang berlaku serta terdedahnya projek pemberian IC percuma di Sabah, yang kesemua ini mungkin sahaja akan menumbangkan kerajaan UMNO-BN dalam PRU nanti, maka tidak hairanlah kalau ada di kalangan pemimpin pembangkang yang menyifatkan peristiwa Lahad Datu sebagai satu konspirasi untuk menutup segala kepincangan dan kelemahan di dalam pentadbiran kerajaan selama ini. Sesuai dengan politik fitnah-memfitnah dan tuduh-menuduh yang subur dalam sistem demokrasi di Malaysia, tragedi Lahad Datu juga tidak terlepas dari semua ini. Media pro-kerajaan, Utusan Malaysia dan TV3 telah mengaitkan penglibatan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan serangan bersenjata di Sabah ini. Manakala Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua pula dikatakan telah menuduh kerajaan sebagai bersandiwara. Sama ada peristiwa ini benar atau tidak, sama ada wujud pihak yang baling batu sembunyi tangan atau sememangnya tiada udang di sebalik batu, hakikatnya adalah, telah banyak nyawa yang terkorban atau dikorbankan. Hakikatnya juga, tatkala pasukan keselamatan sedang berperang di medan, parti pemerintah dan parti pembangkang pula sedang berperang di media, bagi meraih political mileage masing-masing. Inilah sistem demokrasi, sebuah sistem di mana pihak-pihak yang bergelumang di dalamnya akan menggunakan apa sahaja isu dan cara untuk menjatuhkan lawan politik masing-masing, semuanya demi pilihan raya dan demi kuasa.


Masyarakat kini sudah semakin bermaklumat dan boleh menilai serta melakukan analisis terhadap apa yang berlaku. Jika benar ia adalah sebuah perancangan dengan niat jahat tertentu, maka pada zaman IT ini di mana segala maklumat ada di hujung jari, ia hanya akan kembali memudharatkan pihak yang merancang. Namun, dalam keadaan ini, sebagai Muslim, kita tidak dibolehkan (haram) menyebarkan berita dusta atau fitnah. Walaupun kita boleh melakukan analisis dengan baik, namun kita tidak akan tahu dengan tepat kisah di sebalik tabir jika kita bukanlah perancang atau orang yang terlibat di dalamnya. Apa yang dapat kita katakan ialah, jika benar adanya perancangan, maka pihak yang terlibat akan menanggung dosa besar kerana telah terjadi banyak pembunuhan ke atas jiwa-jiwa manusia akibat perancangan jahatnya itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang dirancang oleh mereka dan Allah sekali-kali tidak berdiam diri dengan perancangan jahat makhlukNya itu dan Allah pasti akan membalasnya. Firman Allah :


“Mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik Perancang”  [al-Anfal (8):30].

  #Sebaliknya, jika peristiwa ini benar-benar berlaku tanpa sebarang perancangan daripada mana-mana pihak, maka apa yang harus difikir dan dilakukan oleh kita ialah menyelesaikan masalah ini dengan hukum-hakam Islam. Kita wajib kembali kepada penyelesaian Islam dan bukannya menyelesaikan masalah ini dengan emosi, akal atau dengan undang-undang demokrasi.

Friday, 1 March 2013

Perjuangan Kami Belum Berakhir


Assalamualaikum w.b.t .....
Alhamdulillah kami pelajar tahun akhir syariah islamiyyah :) 
bersama terkapai-kapai lemas mencari ilmuNya...amat kerdil diri ini sungguhpun telah bergelar pelajar tahun akhir masih banyak ilmuNya yang perlu direnangi....indah sungguh segala syariatMu Ya Kholiq ;) 
doakan kami najjah abadan abada dalam menegakkan panji-panji agamaMu

InsyaAllah tahun akhir bersama Fiqh Jinayat, Qawaid Fiqhiyyah, Fiqh Mirath, Tesis, Report & English for Specific Purpose.....

"duhai sahabatku usah direnung letihnya usaha TETAPI renunglah manisnya sebuah kejayaan"

Saturday, 23 February 2013

QISAS DI NEGARA ISLAM


 PENGENALAN
Islam diturunkan bagi menjaga kemaslahatan manusia. Oleh itu berbagai cara dan kaedah yang diwahyukan oleh Allah adalah bertujuan memelihara kepentingan manusia. Antaranya ialah hukuman diyat dan qisas. Hukuman ini telah ditentukan bagi kesalahan apa dan kadar hukumannya berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis nabi s.a.w. Namun, prinsip ini juga terdapat di dalam undang-undang ciptaan. Ianya dicipta bagi menjamin keselamatan dan keadilan kepada manusia. Undang-undang ini bukanlah seperti undang-undang ciptaan yang lain yang mana mempunyai aktanya sendiri. Kesalahan di dalam undang-undang ini adalah melibatkan kesalahan sivil dan moral.[1]
Jenayah menurut fuqaha ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja. Pentakrifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang seperti membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan hukuman qisas atau diyat. Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah termasuk dalam jenayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.[2]
Qisas hanya dilaksanakan jika berlaku jenayah membunuh atau jenayah mencederakan secara sengaja, tidak sengaja mahupun seakan-akan sengaja. Hukuman qisas akan dilaksanakan sama seperti jenayah yang dilakukan. Namun qisas hanya boleh dilakukan jika berlaku kecederaan yang boleh dibalas semula seperti kecederaan di anggota tangan, kaki, telinga, hidung, gigi dan lain-lain anggota yang boleh untuk dilakukan qisas. Melalui tugasan ini pelaksanaan hukuman qisas akan dikupas dengan lebih lanjut seperti definisi qisas, syarat pelaksanaan qisas, jenis-jenis jenayah yang melibatkan qisas, hikmah pensyariatan qisas dan banyak lagi.  


1.0  DEFINISI QISAS
Pada umumnya jenayah-jenayah qisas menurut perundangan Islam ialah jenayah membunuh dan mencederakan. Dengan kata lain ia merupakan kesalahan-kesalahaan yang melibatkan nyawa dan tubuh badan. Sebagaimana juga istilah hudud, qisas biasanya digunakan oleh para fuqaha untuk memberi maksud kesalahan atau keseksaan. Berasakan penggunaan seperti ini, apabila disebut qisas ia biasanya memberi maksud keseksaan itu sendiri manakala untuk memberi maksud kesalahan, para fuqaha menyebutnya sebagai kesalahan qisas.[3] Walaubagaimanapun definisi qisas dari segi bahasa dan istilah dinyatakan seperti berikut.
 
1.0.1        DEFINISI BAHASA
Definisi qisas mengikut bahasa mempunyai beberapa makna. Maksud yang pertama adalah “mengikut” seperti dalam surah Al-Qasas ayat 11:  
ôMs9$s%ur ¾ÏmÏG÷zT{ ÏmÅ_Áè% ( ôNuŽÝÇt7sù ¾ÏmÎ/ `tã 5=ãZã_ öNèdur Ÿw šcrããèô±o ÇÊÊÈ [4]
Maksudnya:
Dan berkatalah ibu Musa kepada saudara Musa yang perempuan: "Ikutilah dia" Maka kelihatanlah olehnya Musa dari jauh, sedang mereka tidak mengetahuinya.
Maksud lain qisas dari segi bahasa ialah sebagai “memotong atau menggunting” seperti dalam ayat “Qassa al-Sh’ar”.

1.0.2        DEFINISI SYARAK
Definisi qisas mengikut syarak ialah hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis nabi s.a.w. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu. Qisas dilaksanakan sama seperti jenayah yang dilakukan seperti bunuh dibalas bunuh dan cedera dibalas cedera.

2.0  DALIL PENSYARIATAN
Pelaksanaan hukuman qisas bukanlah suatu hukuman yang hanya direka semata-mata. Malah wujud dalil-dalil pensyariatan qisas melalui Al-Quran mahupun hadis-hadis nabi s.a.w. Berikut disertakan bersama beberapa dalil pensyariatan qisas daripada Al-Quran dan juga hadis-hadis nabi s.a.w.

2.0.1   DALIL AL-QURAN
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä |=ÏGä. ãNä3øn=tæ ÞÉ$|ÁÉ)ø9$# Îû n=÷Fs)ø9$# ( çtø:$# Ìhçtø:$$Î/ ßö6yèø9$#ur Ïö7yèø9$$Î/ 4Ós\RW{$#ur 4Ós\RW{$$Î/ 4 ô`yJsù uÅ"ãã ¼ã&s! ô`ÏB ÏmŠÅzr& ÖäóÓx« 7í$t6Ïo?$$sù Å$rã÷èyJø9$$Î/ íä!#yŠr&ur Ïmøs9Î) 9`»|¡ômÎ*Î/ 3 y7Ï9ºsŒ ×#ÏÿøƒrB `ÏiB öNä3În/§ ×pyJômuur 3 Ç`yJsù 3ytGôã$# y÷èt/ y7Ï9ºsŒ ¼ã&s#sù ë>#xtã ÒOŠÏ9r& ÇÊÐÑÈ öNä3s9ur Îû ÄÉ$|ÁÉ)ø9$# ×o4quŠym Í<'ré'¯»tƒ É=»t6ø9F{$# öNà6¯=yès9 tbqà)­Gs? ÇÊÐÒÈ [5]
Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diyat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, Maka baginya siksa yang sangat pedih. Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, Hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.
(surah Al-Baqarah:178-179)

Imam asy-Syaukani menjelaskan ayat ini dengan menyatakan, “Maknanya, kalian memiliki jaminan kelangsungan hidup dalam hukum yang Allah Subhanahu wa Ta’ala syariatkan ini, kerana apabila seseorang tahu akan dibunuh secara qisas apabila ia membunuh orang lain, tentulah ia tidak akan membunuh dan menahan diri dari mempermudah dan terjerumus untuk membunuh ataupun mencederakan orang lain dengan bebas dan sengaja.

Ÿwur (#qè=çFø)s? }§øÿ¨Z9$# ÓÉL©9$# tP§ym ª!$# žwÎ) Èd,ysø9$$Î/ 3 `tBur Ÿ@ÏFè% $YBqè=ôàtB ôs)sù $uZù=yèy_ ¾ÏmÍhÏ9uqÏ9 $YZ»sÜù=ß Ÿxsù ̍ó¡ç Îpû È@÷Fs)ø9$# ( ¼çm¯RÎ) tb%x. #YqÝÁZtB ÇÌÌÈ
Maksudnya:
“Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. dan barangsiapa dibunuh secara zalim, Maka Sesungguhnya kami Telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan”.[6]
(surah Al-Isra’:33)

Maksud yang dibenarkan oleh syara' ialah seperti qisas dengan membunuh orang murtad, rejam dan sebagainya. Manakala maksud kekuasaan di sini ialah hal ahli waris yang terbunuh atau penguasa untuk menuntut qisas atau menerima diyat. Qisas ialah mengambil pembalasan yang sama. Qisas itu tidak dilakukan, bila yang membunuh mendapat kemaafan dari ahli waris yang terbunuh iaitu dengan membayar diyat (ganti rugi) yang wajar. pembayaran diyat diminta dengan baik, contohnya dengan tidak mendesak yang membunuh, dan yang membunuh hendaklah membayarnya dengan baik, contohnya tidak menangguh-nangguhkannya. Apabila ahli waris si korban sesudah Tuhan menjelaskan hukum-hukum ini, membunuh yang bukan si pembunuh, atau membunuh si pembunuh setelah menerima diyat, Maka terhadapnya di dunia diambil qisas dan di akhirat dia mendapat seksa yang pedih. Diyat ialah pembayaran sejumlah harta kerana sesuatu tindak jenayah terhadap sesuatu jiwa atau anggota badan.
$oYö;tFx.ur öNÍköŽn=tã !$pkŽÏù ¨br& }§øÿ¨Z9$# ħøÿ¨Z9$$Î/ šú÷üyèø9$#ur Èû÷üyèø9$$Î/ y#RF{$#ur É#RF{$$Î/ šcèŒW{$#ur ÈbèŒW{$$Î/ £`Åb¡9$#ur Çd`Åb¡9$$Î/ yyrãàfø9$#ur ÒÉ$|ÁÏ% 4 `yJsù šX£|Ás? ¾ÏmÎ/ uqßgsù ×ou$¤ÿŸ2 ¼ã&©! 4 `tBur óO©9 Nà6øts !$yJÎ/ tAtRr& ª!$# y7Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbqßJÎ=»©à9$# ÇÍÎÈ[7]
Maksudnya:
“Dan kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At-Taurat) bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka juga ada qisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak qisas) nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.”
(surah Al-Maidah:45)

2.0.2        DALIL HADIS
Sabda Rasulullah s.a.w. :
تُبَايِعُونِي عَلَى أَنْ لَا تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا وَلَا تَسْرِقُوا وَلَا تَزْنُوا قَرَأَ عَلَيْهِمْ الْآيَةَ فَمَنْ وَفَّى مِنْكُمْ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَعُوقِبَ عَلَيْهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَسَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَهُوَ إِلَى اللَّهِ إِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُ

Maksudnya:
Berbai’atlah kepadaku untuk tidak berbuat syirik, tidak mencuri, dan tidak berzina. Beliau membacakan kepada mereka ayat, (lalu bersabda), ‘Barangsiapa di antara kalian yang menunaikannya maka pahalanya ada pada Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan barangsiapa yang melanggar sebahagiannya lalu di hukum maka hukuman itu sebagai penghapus dosa baginya. (Adapun) barangsiapa yang melanggarnya lalu Allah tutupi maka urusannya diserahkan kepada Allah, bila Dia kehendaki maka Dia mengazabnya dan bila Dia menghendaki maka Dia mengampuninya.” (Muttafaqun ‘alaihi).

Hadis Abu Hurairah r.a , iaitu Rasulullah s.a.w bersabda:
مَنْ قُتِلَ لَهُ قَتِيلٌ فَهُوَ بِخَيْرِ النَّظَرَيْنِ إِمَّا أَنْ يُفْدَى وَإِمَّا أَنْ يُقْتَل
Maksudnya:
Barangsiapa yang menjadi keluarga korban terbunuh maka ia boleh memilih dua pilihan, samada memilih diyat dan boleh juga dibunuh (qisas).”                                 
(HR. al-Jama’ah)

مَنْ قُتِلَ لَهُ قَتِيلٌ فَهُوَ بِخَيْرِ النَّظَرَيْنِ إِمَّا أَنْ يَعْفُوَ وَإِمَّا أَنْ يَقْتُلَ
Maksudnya:
Barangsiapa yang menjadi keluarga korban terbunuh maka ia boleh memilih dua pilihan, samada memilih memaafkannya dan boleh membunuhnya.                        
  (HR. al-Tirmidzi)



3.0  SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN QISAS
3.0.1 KATEGORI JENAYAH PEMBUNUHAN
        i.            Hendaklah orang yang hendak dijatuhkan hukuman qisas adalah mukallaf dan juga berakal. Hukuman qisas tidak dikenakan terhadap orang gila mahupun kanak-kanak.

      ii.            Hendaklah si pembunuh tidak terdiri daripada bapa, ibu, datuk, nenek dan sebagainya. Walau sejauh mana sekalipun hubungan mereka qisas tidak dapat dilaksanakan.

    iii.            Hendaklah mangsa yang dibunuh adalah terpelihara darahnya dengan sebab Islam. Iaitu mangsa yang dibunuh adalah beragama Islam.
                                                                                                                                          
      iv.            Hendaklah pembunuh dan mangsa mempunyai taraf yang sama iaitu dari sudut agama keduanya adalah beragama Islam dan dari sudut kebebasan diri keduanya adalah merdeka.

3.0.2 KATEGORI JENAYAH MENCEDERAKAN
        i.            Hendaklah berlaku persamaan dari sudut anggota yang hendak dilaksanakan qisas seperti contoh tangan kanan dengan tangan kanan dan jika tangan kiri dengan tangan kiri.

      ii.            Jika anggota yang hendak diqisas adalah anggota yang lumpuh qisas tetap dijalankan terhadap anggota yang lumpuh tersebut. Qisas tidak akan dilaksanakan terhadap anggota yang tidak lumpuh walaupun dengan kerelaan si penjenayah. Hal ini adalah kerana qisas akan dilaksanakan sama seperti jenayah yang dilakukan.

    iii.            Hendaklah anggota yang diqisas mempunyai sendi seperti siku, pergelangan tangan ataupun anggota yang mempunyai sempadan seperti telinga dan hidung. Qisas hendaklah dilaksanakan pada sendi yang paling hampir dengan anggota yang dilakukan.

    iv.            Namun jika berlaku calar atau luka yang terpotong tetapi tidak terputus maka tidak terlaksana hukuman qisas kerana tiada persamaan sebagai syarat-syarat asas qisas.[8] 

4.0  RUKUN-RUKUN BAGI PEMBUNUHAN SECARA SENGAJA
Bagi menjalankan hukuman qisas sesuatu jenayah itu harus dikenalpasti terlebih dahulu kategorinya. Setelah itu untuk menentukan jenayah itu dilakukan secara sengaja perlulah menepati ketiga-tiga rukun seperti berikut:

4.0.1 PEMBUNUHAN DILAKUKAN KE ATAS ORANG YANG MASIH HIDUP
Mangsa jenayah bunuh itu mestilah manusia yang masih hidup. Oleh itu sekiranya mangsa penjenayah itu bukan manusia seperti hukuman qisas kerana dia tidak dikira sebagai pembunuh secara sengaja walaupun boleh dianggap sebagai menzalimi binatang. Begitu juga sekiranya seseorang itu memotong sebarang anggota seseorang yang telah mati tidak dianggap sebagai pembunuh, kerana kematian orang itu bukan hasil dari perbuatan orang yang memotong mayat berkenaan. Oleh itu orang yang memotong sebarang anggota seseorang yang telah mati tidak boleh dihukum qisas tetapi diwajibkan hukuman takzir kerana menganiayai mayat.
Apa yang dimaksudkan dengan “seseorang yang sudah mati” ialah seseorang yang telah terpisah nyawanya dari jasadnya secara pasti. Jadi sekiranya seorang itu membunuh seorang yang sedang sakit tenat adalah dikira sebagai pembunuh secara sengaja kerana penjenayah itu yang menghabiskan nyawanya dari jasad mangsanya. Adapun jika umpamanya ada dua orang melakukan jenayah sehingga akhirnya mangsanya itu mati, katakanlah penjenayah yang pertama memukul kepala seseorang dengan besi yang berat, tetapi orang itu masih ada harapan boleh hidup lagi, dan selepas itu penjenayah yang kedua memancung lehernya hingga mati, maka yang bertanggungjawab dalam jenayah ini ialah penjenayah yang kedua. Justeru dialah yang mengambil nyawa dari jasad mangsanya.

Manakala dalam kes umpamanya penjenayah pertama menikam perut Umar hingga terburai isi perutnya, kemudian datang seorang lain memancung leher Umar hingga mati, maka ulamak mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Ada yang berpendapat bahawa penjenayah yang pertamalah yang membunuh kerana dialah yang menjadikan mangsanya dalam keadaan maut. Manakala sebahagian ulama pula berpendapat bahawa yang membunuh mangsa berkenaan ialah penjenayah yang kedua kerana walaupun pada masa orang yang kedua melakukan jenayah, nyawa mangsa tidak menentu lagi, tetapi masih dianggap bernyawa. Mangsa itu tidak boleh dianggap sudah mati selagi nyawanya belum berpisah dari jasadnya. Oleh itu orang yang melakukan jenayah yang paling hampir kepada kematian mangsa itulah dianggap sebagai pembunuhnya.[9]

Begitulah juga halnya dengan orang yang memukul perut seseorang yang sedang mengandung sehingga anak yang dalam kandungannya itu mati, maka dia tidak dianggap sebagai membunuh manusia yang hidup, kerana anak yang dalam perut itu tidak dikira sebagai manusia yang sudah bernyawa sepenuhnya. Sungguhpun demikian penjenayah berkenaan boleh dianggap telah melakukan kesalahan membunuh dari jenis yang khusus dan boleh dikenakan hukuman yang khas, sebagaimana ada hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. ada memutuskan satu kes di mana seseorang yang menyebabkan kematian seorang bayi dalam kandungan seorang wanita dari Bani Lihyan iaitu dengan membayar diyat bernilai seorang hamba.

4.0.2 KEMATIAN TERSEBUT BERPUNCA DARI PERBUATAN PEMBUNUH
Perkara kedua yang menentukan pembunuhan itu dilakukan dengan sengaja ialah jika kematian itu dari perbuatan pembunuh dan ianya dilakukan untuk membunuh. Dengan ini bererti jika berlaku kematian seseorang itu bukan disebabkan oleh perbuatan orang seperti seorang itu mati kerana dihempap pokok, ataupun perbuatan itu tidak sampai membawa maut, seperti memukul dengan pensil maka orang yang melakukan tindakan seperti itu tidak boleh dianggap sebagai pembunuh secara sengaja. Pembunuhan yang dilakukan oleh penjenayah itu tidak disyaratkan dengan cara-cara yang tertentu. Bahkan memadai sama ada dengan cara memukul, melukakan, memancung leher, membakar, menenggelamkan, meracun dan sebagainya. Begitu juga tidak menjadi syarat sama ada perbuatan yang dilakukan oleh pembunuh itu hanya sekali atau berulang-ulang kali asalkan perbuatan penjenayah itu membawa maut.

4.0.3 MEMPUNYAI NIAT SENGAJA MEMBUNUH
Ulama’ mempunyai pendapat yang berbeza-beza dalam menentukan sama ada qasad atau niat sengaja itu sebagai rukun bagi jenayah bunuh secara sengaja. Walaubagaimanapun kebanyakan ulama berpendapat bahawa pembunuh itu mesti ada niat dengan sengaja hendak membunuh mangsanya. Jika penjenayah itu tidak ada niat untuk membunuh, maka pembunuhan itu tidak dianggap sebagai sengaja membunuh, walaupun penjenayah berkenaan ada niat sengaja untuk mencerobohi mangsanya. Lantaran niat sengaja menceroboh dengan tidak ada niat untuk membunuh tidak cukup untuk membuktikan penceroboh itu melakukan pembunuhan secara sengaja.

            Dalam kitab-kitab mazhab Hanafi memberi takrif sengaja membunuh sebagai suatu yang sengaja dilakukan dengan memukul mangsanya dengan senjata atau sebagainya dan seorang pembunuh itu dianggap sengaja apabila dia berniat sengaja untuk membunuh orang. Ulama’ mazhab Shafie pula mentakrifkan pembunuhan secara sengaja adalah seperti berikut:
Maksudnya: “Bahawa pembunuhan secara sengaja ialah sengaja (qasad) untuk menyerang dengan suatu yang pada kebiasaannya alat itu boleh membunuh seseorang” Begitu juga dalam kitab matan Abi Syuja’ menyatakan Maksudnya: “Sengaja membunuh itu apabila seorang itu sengaja memukul seorang dengan menggunakan suatu yang pada ghalibnya boleh membawa maut dan qasad membunuhnya dengan menggunakan alat yang tersebut”.[10] Manakala mazhab Hanbali mentakrifkan sengaja membunuh sebagai membunuh manusia dengan suatu yang pada sangkaan biasanya boleh membunuhnya. Selain dari itu disyaratkan adanya qasad sengaja dan jika tidak ada qasad sengaja membunuh maka tidak diwajibkan qisas keatas pembunuh.
           
Niat sengaja membunuh amat penting bagi ketiga-tiga mazhab yang tersebut, kerana niat itulah yang membezakan antara pembunuhan secara sengaja dengan yang menyerupai dengan sengaja dan juga dengan pembunuhan yang tersalah atau tidak sengaja. Oleh yang demikian jika penjenayah itu berniat sengaja membunuh mangsanya, maka pembunuhan itu dianggap sebagai sengaja. Jika penjenayah itu walaupun dengan sengaja melakukan permusuhan tanpa niat hendak membunuh, maka pembunuhan ini dianggap sebagai menyerupai dengan sengaja. Manakala jika penjenayah itu ada niat sengaja melakukan tindakan yang tidak ada niat untuk melakukan permusuhan maka pembunuhan seperti ini dianggap sebagai kategori jenayah pembunuhan yang tersalah bunuh. Imam Malik pula tidak menjadikan niat sengaja membunuh itu sebagai syarat untuk menentukan suatu pembunuhan itu sebagai sengaja. Bahkan memadai dengan adanya niat permusuhan, asalkan pembunuhan bukan hasil dari bergurau, bermain atau mengajar.

            Kebanyakkan ulama’ berpendapat bahawa niat sengaja membunuh menjadi syarat utama bagi jenayah bunuh dengan sengaja. Akan tetapi oleh kerana niat adalah perkara yang tersembunyi di hati sanubari seseorang, maka sudah tentu sukar untuk dikesan. Oleh itu kebanyakkan ulama’ berpendapat bahawa untuk membuktikan niat penjenayah itu perlu kepada suatu perkara yang berkait rapat dengan penjenayah. Pada kebiasaannya untuk menentukan niat seseorang akan diukur dari segi alat atau senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu, kerana penjenayah biasanya akan memilih senjata yang sesuai untuk melaksanakan niatnya. Jika berniat hendak membunuh mangsanya dia akan menggunakan senjata yang sesuai untuk tujuan tersebut seperti pedang panjang, senjata api dan sebagainya. Sebaliknya kalau hanya berniat hendak memukul sahaja dia akan gunakan senjata yang ringan seperti kayu kecil, rotan dan sebagainya. Oleh itu penggunaan alat atau senjata yang pada kebiasaannya boleh membawa maut adalah bukti lahir yang menunjukkan niat penjenayah.

            Walaubagaimanapun dalam menentukan sama ada seseorang pembunuh itu melakukannya dengan sengaja atau tersalah bunuh tidak boleh semata-mata bergantung kepada senjata yang digunakan kerana boleh jadi seseorang itu menyerang lawannya dengan menggunakan senjata, tetapi berniat tidak membunuhnya tetapi berlaku dengan secara tersalah atau tidak sengaja. Oleh yang demikian untuk membuktikan niat seseorang dengan melihat kepada senjata yang digunakan adalah tidak mencukupi, tetapi perlu kepada perbincangan yang lebih mendalam lagi. Jadi adalah lebih baik untuk menentukan niat penjenayah itu diserahkan kepada hakim sehingga beliau berpuas hati bahawa penjenayah itu melakukan dengan sengaja, sama ada melalui alat yang digunakan atau dengan meneliti bagaimana permusuhan itu berlaku dan sebagainya.

5.0  RUKUN-RUKUN BAGI PEMBUNUHAN YANG TERSALAH
5.0.1 PERLAKUAN TERSEBUT HENDAKLAH MEMBAWA KEPADA KEMATIAN
Hendaklah mangsa tersebut mati dan bukanlah hanya cedera ringan atau parah. Hal ini adalah kerana jika mangsa tidak mati dan hanya mengalami kecederaan maka ia tidak dinamakan dengan membunuh.

5.0.2 PERBUATAN ITU NYATA SALAH DAN TERKELIRU
Hendaklah perbuatan yang dilakukan jelas menunjukkan bahawa si pelaku tersalah dan keliru. Contohnya seperti seseorang yang masuk ke hutan untuk berburu. Dilihat pohon bergoyang disangka kijang atau pelanduk namun setelah tembakan dilepaskan yang terkena peluru ialah manusia. Kemudian mangsa hendaklah mati bukan sekadar cedera sahaja. Hal seperti ini jelas menunjukkan bahawa si pemburu tidak sengaja dan tujuan asalnya adalah ingin melepaskan tembakan kepada haiwan bukanlah berniat ingin membunuh manusia.

5.0.3 PERBUATAN YANG TERSALAH ADA KAITAN DENGAN KEMATIAN
Rukun ketiga bagi kategori membunuh yang tersalah ialah apabila berlaku si pelaku perbuatan yang tersalah tersebut merupakan punca kepada kematian. Atau dengan lebih jelas dikatakan bahawa perbuatan tersalah yang membawa kepada kematian tersebut mempunyai kaitan dengan kematian si mati. Contoh melalui rukun ini ialah seperti contoh diatas iaitu situasi memburu di dalam hutan. Si pelaku tersalah tembak namun dalam keadaan ini mangsa sedia ada telah parah namun kerana tembakan si pelaku membuatkan mangsa jatuh ke dalam gaung dan mengakibatkan kematian. Disini kita dapat lihat bahawa yang menyebabkan kematian adalah kerana si mati jatuh kedalam gaung bukan kerana terkena peluru si pelaku. Maka kerana itu situasi ini tidak dikategorikan sebagai tersalah bunuh.     

6.0  JENIS-JENIS JENAYAH QISAS
Sebahagian ulama membahagikan jenayah bunuh kepada dua jenis iaitu pembunuhan dengan sengaja dan pembunuhan secara tersalah. Sebahagian lagi ulama membahagikan jenayah bunuh kepada tiga iaitu sama seperti diatas namun ditambah dengan pembunuhan yang menyerupai dengan sengaja. Namun terdapat juga sebahagian ulama yang membahagikan jenayah membunuh kepada empat bahagian iaitu sama seperti diatas dan ditambah dengan pembunuhan yang menyerupai dengan tersalah bunuh. Akhir sekali terdapat sebahagian ulama yang menyatakan jenayah kepada lima bahagian iaitu semua diatas dan ditambah dengan pembunuhan secara tidak langsung atau bersebab.

7.0  HAK MELAKSANAKAN QISAS
Menurut Imam Malik, orang yang berhak melaksanakan qisas keatas pembunuh ialah orang lelaki yang menerima pusaka simati berasaskan ‘asabah. Dalam senarai ini, yang mesti didahulukan ialah anak lelaki, kemudian selepasnya mengikut susunan terdekat sekali menerima ‘asabah, kemudian diikuti oleh datuk dan saudara-saudara lelaki. Sedangkan Imam Abu Hanifah, Syafi’iyah dan Ahmad pula berpendapat bahawa orang yang berhak melaksanakan qisas ialah semua mereka yang mewarisi harta simati sama ada lelaki atau perempuan.

Mungkin tidak timbul masalah sekiranya hak melaksanakan hukuman qisas itu dimiliki oleh seorang pewaris sahaja tetapi sekiranya pewaris atau orang yang berhak menuntut qisas itu ramai, atau dengan kata lain qisas itu dimiliki oleh beberapa orang ahli keluarga maka para fuqaha’ tidak sependapat mengenai hal ini. Menurut Imam Malik, Abu Hanifah dan satu pendapat dari Imam Ahmad, qisas berkenaan menjadi hak penuh bagi setiap ahli keluarga yang berhak, dan bukan secara kongsi. Manakala Imam Syafi’I, Ahmad dan Abu Yusuf serta Muhammad dari Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa qisas dimiliki secara bersama oleh setiap ahli keluarga yang menjadi pewaris kepada si mati.

Di samping itu, para fuqaha’ bersependapat bahawa sekiranya yang terbunuh tidak mempunyai wali atau keluarga maka pemerintah akan menjadi wali atau keluarga. Maka pemerintah akan menjadi wali dan berhak melaksanakan hukuman qisas keatas pembunuh. Dalam melaksanakan hukuman qisas disyaratkan supaya orang-orang yang tidak bersalah tidak dilibatkan. Oleh itu, tidak boleh dilaksanakan hukuman qisas terhadap ibu yang sedang hamil sama ada kehamilan itu berlaku sebelum atau selepas hukuman itu dijatuhkan. Perlaksanaan hukuman qisas keatas perempuan seperti itu haruslah ditunggu sehingga bersalin. Firman Allah s.w.t:
فلا يسرف فى القتل)[11] )
Maksudnya:
“ maka jangan melampau dalam membunuh.”

Sesungguhnya membunuh perempuan yang sedang hamil adalah satu perbuatan yang melampau. Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda bersabda:
((إذا قتلت المرأة لم تقتل حتى تضع ما فى بطونها, إن كانت حاملا وحتى تكفل ولدها. وإن زنت لم ترجم حتى تضع ما فى بطونها وحتى تكفل ولده))[12]
Maksudnya:
“sekiranya seorang perempuan membunuh dan dia hamil maka ia tidak akan dibunuh sehingga dia selesai bersalin dan menjaga anaknya. Dan sekiranya dia berzina, dia tidak akan direjam sehingga dia bersalin dan menjaga anaknya.”

8.0  ALAT DALAM MELAKSANAKAN QISAS
Mengikut pendapat Abu Hanifah dan satu riwayat dari Imam Ahmad, Qisas tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan pedang sahaja., samada orang yang membunuh telah membunuh dengan dengan pedang atau tidak. Tetapi menurut Imam Malik, Syafi’ie dan satu riwayat dari Imam Ahmad, Qisas boleh dilaksanakan ke atas pembunuh mengikut apa yang dia buat semasa melakukan pembunuhan. Ini berdasarkan Firman Allah s.w.t:
فمن اعتدى عليكم فاعتدوا عليه بمثل ما اعتدى عليكم))
Maksudnya:
 barangsiapa menceroboh keatas kamu maka lakukanlah keatasnya sepertimana yang ia lakukan ke atas kamu.[13]

Firman Allah s.w.t lagi:
وإن عاقبتم فعاقبوا بمثل ماعوقبتم به))
Maksudnya:
kalau kamu bertindak maka hendaklah kamu bertindak dengan yang serupa dilakukan ke atas kamu.[14]
Sabda Nabi s.a.w:
من حرق حرقناه, ومن غرق غرقناه)) ))
Maksudnya:
siapa yang membakar kami akan membakarnya. Dan siapa menenggelam kami akan menenggelaminya.[15]

Walaubagaimanapun menurut pendapat ini pihak wali boleh melaksanakan qisas dengan pedang, tidak kira apa pun alat yang digunakan dan bagaimana pembunuhan itu dilakukan oleh pembunuh. Apa yang jelas ialah wali berhak membunuh dan menghukumnya. Maka apabila wali memilih pedang sebagai alat untuk melaksanakan qisas ertinya dia telah meninggalkan sebahagian daripada haknya.

9.0  GUGUR HAK QISAS
Terdapat empat sebab yang boleh menggugurkan hak qisas, iaitu:

1.      Diri pembunuh meninggal dunia.
 Didalam jenayah membunuh, tempat yang sepatutnya dikenakan qisas ialah orang yang membunuh itu sendiri. Maka apabila pembunuh itu telah meninggal dunia sebelum hukuman qisas itu dilaksanakan maka hukuman akan gugur dengan sendirinya. Terdapat perselisihan pendapat fuqaha dalam kes apabila pembunuh telah meninggal dunia sebelum hukuman qisas dilaksanakan keatasnya. Maka berselisih pendapat tentang apakah boleh diambil diyat dari harta pembunuh atau tidak sebagai ganti kepada qisas yang telah digugurkan itu.

Imam Malik dan Abu Hanifah berpendapat bahawa dengan kematian pembunuh bererti hukuman qisas keatas dirinya telah gugur dengan sendirinya. Oleh kerana itu, tidak boleh diambil apa-apa daripada hartanya sebagai diyat. Mengikut mazhab ini diat tidak wajib dibayar kecuali apabila pembunuh sanggup membayarnya. Sedangkan Imam Syafi’ie dan Imam Ahmad pula berpendapat bahawa gugurnya qisas keatas pembunuh disebabkan kematiannya tidak bererti diat tidak wajib dibayar. Bahkan dalam kebanyakan keadaan apabila gugur qisas maka diyat perlu dibayar kepada pihak yang kena bunuh. Mengikut mazhab ini, yang wajib dalam jenayah membunuh ialah salah satu daripada dua perkara: samada qisas atau diat. Apabila qisas luput dengan kematian pembunuh maka tempatnya diganti dengan diyat.

2.      Pemberiaan maaf.
Para fuqaha’ sependapat bahawa pemberian maaf merupakan salah satu dari perkara yang menggugurkan hukuman qisas. Malah mereka menegaskan bahawa memberi maaf kepada pembunuh itu lebih baik dari melaksanakan qisas keatasnya.

 Firman Allah s.w.t:
فمن عفى له من أخيه شىء فاتباع بالمعروف وأداء إليه بإحسان


Maksudnya:
 barangsiapa yang telah diberi maaf oleh saudaranya maka hendaklah ia mengikutinya dengan cara yang baik dan menunaikannya dengan membayar diat dengan cara yang baik.[16]
Firman Allah s.w.t lagi:
فمن تصدق به فهو كفارة له
Maksudnya: barangsiapa yang melepaskan hak qisas maka itu menjadi penebus dosanya.[17]

Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik berkata, terjemahannya : “Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. apabila dibawa ke pengetahuaannya tentang qisas melainkan Baginda meminta supaya dimaafkan”.[18]

Menurut Imam Syafi’ie dan Ahmad, pemberian maaf bermaksud menggugurkan qisas secara percuma atau dengan mengambil diyat. Dala kedua-dua keadaan ini, persetujuan dari pihak pembunuh. Sedangkan Imam malik pula berpendapat bahawa memberi maaf kepada pembunuh dengan menuntut  diyat daripadanya perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada pihak pembunuh itu sendiri. Disebabkan itu, Imam Malik dan juga Abu Hanifah mentakrifkan pemberian maaf sebagai gantian. Kalaulah pemberian maaf itu disertai pengambilan diyat maka ia dinamakan sulh atau berdamai, dan bukan pemberiaan maaf. Orang yang berhak memberi maaf kepada pembunuh ialah mereka yang berhak menuntut qisas keatasnya.

3.      Berdamai.
Para fuqaha’ sependapat bahawa membuat perdamaian dalam masalah qisas adalah harus, dan dianggap sebagai salah satu perkara yang menggugurkan qisas. Ia boleh dibuat samada dengan menuntut bayaran dalam kadar diyat atau lebih atau kurang daripada kadar itu.

4.      Menjadi ahli waris didalam qisas.
Hukuman qisas keatas pembunuh akan gugur dengan sendiri sekiranya hak qisas itu diwarisi oleh orang-orang yang tidak berhak membuat tuntutan qisas keatas pembunuh dengan sebab-sebab tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak. dalam hal ini, tidak ada perbezaan samada qisas itu menjadi haknya seorang atau ianya salah seorang dari ahli waris yang berhak keatas qisas tersebut. Contohnya ialah apabila orang yang berhak ataupun salah seorang daripada mereka yang membuat tuntutan qisas keatas pembunuh itu adalah anak pembunuh itu sendiri. Hal ini jelas sebagaimana juga seorang bapa tidak akan dikenakan hukuman qisas apabila dia membunuh anaknya sendiri, dan seorang anak tidak berhak membuat tuntutan qisas keatas bapanya sendiri.

10.0          PELAKSANAAN HUKUMAN QISAS DAN CARA-CARANYA
Berdasarkan al-Quran surah al-Baqarah ayat 178 dan ayat al-Isra’ ayat 33, maka hukuman Qisas itu wajib dilaksanakan oleh ahli warisnya atau oleh pemerintah (ulil amri) yang berkuasa, misalnya dalam pengadilan, ahli waris ertinya yang pada umumnya berdasarkan nasab (pertalian darah) atau wali.

Islam memberikan hak menuntut dan memberi maaf di tangan wali dari darah orang yang terbunuh, ulil amri (pemerintah) diberi hak untuk memberikan keampunan (maaf) sekiranya wali darah tidak menuntut qisas. Tetapi di samping itu, Islam memberikan hak kepada pemerintah (hakim) untuk tetap bertahan menjatuhkan hukuman kepada yang bersalah, biarpun wali darah memilih jalan untuk kemaafan, apabila si bersalah didapati bersalah dan dianggap sebagai seorang penjahat yang berbahaya dan hakim memandang bahawa hal ini membahayakan kepentingan dan kemaslahatan awam, maka hakim berhak untuk menjatuhkan hukuman waima hukuman sampai mati.[19]

Islam hanya membenarkan pembunuh itu sendiri yang dibunuh, jika dia bertanggungjawab sepenuhnya dan tindakannya itu dilakukan dengan sengaja, selanjutnya hukuman Islam menggalakkan pemansuhan pembalasan. Pelaksanaan hukuman dengan menggunakan parang atau pedang. Penuntut balas untuk kerosakan fizikal terhad kepada bahagian-bahagian fizikal yang sama cederanya, sebagai contoh hilang satu tangan, kaki, gigi dan sebagainya.[20]

Meskipun wali darah masih memiliki kuasa penuh ke atas si pembunuh dengan mangsa, namun Allah s.w.t melarang untuk bertindak secara keterlaluan dan berlebih-lebihan dalam menggunakan haknya sebagaimana disebutkan dalam surah al-Isra’ ayat 33 yang merupakan kelanjutan dari pemberian kekuasaan kepada wali untuk melaksanakan hukuman qisas.

Para Imam Mazhab sepakat bahawa para wali mangsa, yang berhak sudah mendapat kebenaran dari mahkamah dan mereka menuntut qisas, maka haruslah segera dilaksanakan. Hakim tidak dibenarkan untuk melengah-lengahkan hukuman tersebut. Sedangkan dalam hal penangguhan hukuman, maka ia dibenarkan sekiranya orang yang berhak menuntut itu masih kecil atau tidak hadir.[21] Adapun hukumannya adalah diyat sebanyak seratus ekor unta. Hukuman diyat ini berdasarkan firman Allah s.w.t :
$tBur šc%x. ?`ÏB÷sßJÏ9 br& Ÿ@çFø)tƒ $·ZÏB÷sãB žwÎ) $\«sÜyz 4 `tBur Ÿ@tFs% $·YÏB÷sãB $\«sÜyz ㍃̍óstGsù 7pt7s%u 7poYÏB÷sB
 ×ptƒÏŠur îpyJ¯=|¡B #n<Î) ÿ¾Ï&Î#÷dr&
Maksudnya: Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin Yang lain, kecuali Dengan tidak sengaja. dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) Dengan memerdekakan seorang hamba Yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) Yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya).
                                                                                                                        (al-nisa’:92)

Adapun cara-cara pelaksanaan salah satunya adalah kesalahan yang dijatuhkan qisas, hakim tidak mempunyai pilihan untuk menentukan dan menetapkan hukuman qisas itu, kerana hukuman tersebut telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah s.w.t dan RasulNya di dalam al-Quran Hadis. Selain itu, cara-cara pelaksana yang lain apabila seseorang yang telah disabitkan kesalahannya dalam mahkamah yang melakukan jenayah syariah yang wajib dijatuhkan hukuman hanya mengikut apa yang telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah s.w.t dan Rasul Nya seperti mana yang telah disebutkan di dalam al-Quran :
$oYö;tFx.ur öNÍköŽn=tã !$pkŽÏù ¨br& }§øÿ¨Z9$# ħøÿ¨Z9$$Î/ šú÷üyèø9$#ur Èû÷üyèø9$$Î/ y#RF{$#ur É#RF{$$Î/ šcèŒW{$#ur ÈbèŒW{$$Î/ £`Åb¡9$#ur Çd`Åb¡9$$Î/ yyrãàfø9$#ur ÒÉ$|ÁÏ% 4 `yJsù šX£|Ás? ¾ÏmÎ/ uqßgsù ×ou$¤ÿŸ2 ¼ã&©! 4 `tBur óO©9 Nà6øts !$yJÎ/ tAtRr& ª!$# y7Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbqßJÎ=»©à9$# ÇÍÎÈ  
Maksudnya:
Dan Kami telah tetapkan atas mereka di Dalam Kitab Taurat itu, Bahawa jiwa dibalas Dengan jiwa, dan mata dibalas Dengan mata, dan hidung dibalas Dengan hidung, dan telinga dibalas Dengan telinga, dan gigi dibalas Dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). tetapi sesiapa Yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.           
                                                                                                                                            (al-Maidah:45)


11.0          PERBEZAAN DAN PERSAMAAN ANTARA HUKUMAN QISAS DAN HUDUD
Hukuman Qisas dan hudud mempunyai kaitan tetapi terdapat sedikit perbezaan dan persamaan di antara kedua hukuman tersebut dan antaranya ialah apabila hukuman Qisas, hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman itu ke atas penjenayah, jika mangsanya atau waris mangsa tersebut memaafkan penjenayah tadi. Dalam kes ini, hakim hanya boleh menjatuhkan hukuman diyat ke atas penjenayah tersebut. Manakala bagi hukuman hudud, hakim wajib menjatuhkan hukuman itu ke atas penjenayah walaupun mereka dimaafkan oleh mangsanya atau waris mangsanya, kerana hukuman hudud itu wajib dikenakan di atas kesalahan-kesalahan yang membabitkan hak Allah atau hak orang ramai. Selain itu, hukuman qisas adalah wajib dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan yang membabitkan hak orang perseorangan, di mana seseorang yang mempunyai hak itu boleh menuntut dan meminta kepada hakim supaya penjenayah tadi dijatuhkan hukuman qisas atau memaafkannya.

Antara persamaannya ialah hukuman qisas dan hudud wajib dilaksanakan dan dijatuhkan hukumannya ke atas penjenayah yang melakukan kesalahan-kesalahan yang didakwa di bawah kes qisas dan hudud dan telah disabitkan kesalahannya di dalam mahkamah dengan bukti-bukti dan keterangan-keterangan yang dikehendaki oleh syarak yang tidak menimbulkan sesuatu keraguan di pihak hakim. Seterusnya, hakim tidak mempunyai kuasa untuk mengampunkan atau meringankan atau menggugurkan hukuman qisas dan hudud kecuali dalam hukuman qisas di mana orang yang mempunyai hak untuk memaafkan penjenayah itu, atau menuntut bayaran diyat dan Allah ada berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 178 :
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä |=ÏGä. ãNä3øn=tæ ÞÉ$|ÁÉ)ø9$# Îû n=÷Fs)ø9$# ( çtø:$# Ìhçtø:$$Î/ ßö6yèø9$#ur Ïö7yèø9$$Î/ 4Ós\RW{$#ur 4Ós\RW{$$Î/ 4 ô`yJsù uÅ"ãã ¼ã&s! ô`ÏB ÏmŠÅzr& ÖäóÓx« 7í$t6Ïo?$$sù Å$rã÷èyJø9$$Î/ íä!#yŠr&ur Ïmøs9Î) 9`»|¡ômÎ*Î/ 3 y7Ï9ºsŒ ×#ÏÿøƒrB `ÏiB öNä3În/§ ×pyJômuur 3 Ç`yJsù 3ytGôã$# y÷èt/ y7Ï9ºsŒ ¼ã&s#sù ë>#xtã ÒOŠÏ9r&

Maksudnya:Wahai orang-orang Yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan Yang seimbang) Dalam perkara orang-orang Yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka Dengan orang merdeka, dan hamba Dengan hamba, dan perempuan Dengan perempuan. maka sesiapa (pembunuh) Yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak Yang terbunuh), maka hendaklah orang Yang mengampunkan itu) mengikut cara Yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) Dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. sesudah itu sesiapa Yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.

Akhir sekali, apabila hakim hendak mensabitkan kesalahan-kesalahan dalam hukuman hudud dan qisas ke atas penjenayah mestilah dengan keterangan-keterangan daripada saksi-saksi atau melalui ikrar (pengakuan) penjenayah itu sendiri dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Adapun hukuman diyat boleh dikenakan ke atas penjenayah yang tidak membolehkannya dijatuhkan hukuman qisas, iaitu pertama apabila hukuman qisas itu dimaafkan oleh mangsa penjenayah atau oleh wali atau waris mereka. Selain itu, apabila terhalang melaksanakan hukuman qisas kerana sebab-sebab syar’ie seperti hilang anggota yang akan diqisas tadi atau anggota tersebut sakit dan sebagainya. Pembunuhan yang serupa dengan sengaja juga dikategorikan hukuman yang tidak membolehkan penjenayah dijatuhkan hukuman qisas. Akhir sekali apabila pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja) atau menghilangkan anggota orang lain kerana tersalah (tidak sengaja).

12.0          KESALAHAN MENCEDERAKAN ANGGOTA BADAN
Kesalahan mencederakan adalah tindakan yang melukakan, mencacatkan atau menyakitkan ke atas anggota badan atau mana-mana bahagian badan. Ia juga dibahagikan kepada kecederaan dengan niat dan kecederaan tidak sengaja. Hukuman bagi kecederaan adalah seperti hukuman qisas iaitu hukuman kecederaan ke atas anggota yang dicederakan. Hukuman ini dikenakan ke atas anggota yang mempunyai sendi-sendi dan dapat dipastikan persamaannya seperti jari jemari tangan dan kaki, mata, telinga, hidung, tangan, kaki, kemaluan lelaki dan gigi. Bagi anggota lain, hukumannya diganti dengan diyat kerana sukar untuk dipastikan persamaannya.[22] Hukuman qisas ini dijatuhkan ke atas kecederaan secara sengaja.     

       Hukuman yang seterusnya ialah hukuman diyat iaitu hukuman ganti rugi atau denda yang dikenakan sebagai ganti rugi ke atas anggota badan yang dipotong atau dilukakan oleh penjenayah. Diyat dikenakan jika pesalah melakukan kesalahan kecederaan tidak sengaja atau jika hukuman qisas tidak dapat dijalankan dengan sebab-sebab tertentu seperti penjenayah sememangnya cacat, atau mangsa telah memaafkan dari pelaksana qisas. Kadar diyat ini ditetapkan berasaskan anggota yang dicederakan contohnya, 100 ekor unta bagi anggota tunggal seperti lidah, kemaluan lelaki, 50 ekor unta pula didenda bagi anggota kembar seperti telinga, tangan, kaki dan sebagainya. Kadar diyat juga boleh dikira berdasarkan fungsi anggota tersebut seperti 100 ekor unta untuk kehilangan fungsi menghidu dan seterusnya. Diyat juga boleh dilihat dari segi kadar luka seperti luka yang terkena daging setelah kulit (al-badhi’ah) diyatnya 3 ekor unta, luka yang masuk ke dalam daging (al-mutalahimah) diyatnya 4 ekor unta, luka yang mematahkan tulang (al-Hasyimah) diyatnya 10 ekor unta dan seterusnya.
            
       Secara ringkas, hukuman qisas dalam kes pembunuhan dan kecederaan menunjukkan keadilan Islam iaitu memberikan hukuman setimpal dan sama dengan kesalahan yang dilakukan. Hukuman ini akan menjadikan penjenayah akan lebih takut untuk melakukan penjenayah, sama ada penjenayah pembunuhan atau kecederaan. Qisas tertakluk kepada hak mangsa kecederaan atau wali si mati kerana fitrah manusia yang inginkan sesuatu kejahatan yang dilakukan ke atas diri seseorang atau keluarganya dibalas secara adil. Cara ini dapat mengelakkan dari berlaku sebarang permusuhan dan pertentangan yang berlarutan akibat dari jenayah yang dilakukan. Hukuman diyat pula membuktikan betapa Islam mengutamakan hubungan kemanusiaan sesama anggota masyarakat. Sikap memaafkan antara satu sama lain adalah satu perkara yang digalakkan bagi menghapuskan dendam yang berpanjangan.

Perkara-perkara yang boleh membatalkan atau menggugurkan hukuman qisas. Hukuman qisas dapat dibatalkan apabila hilangnya tempat untuk di qisas, permaafan yang diberikan kepada penjenayah dan pendamaian dengan persetujuan antara wali si mati dengan penjenayah.

13.0          DIWARISKAN HAK QISAS
Qisas terhadap pelaku pembunuhan atau yang mencederakan akan terhapus dalam erti dapat digugurkan apabila anggota badan yang akan di qisas itu hilang atau dia mati sebelum dilaksanakan hukumannya. Qisas anggota badan bagi si pelaku mestilah dalam keadaan yang sama dengan keadaan anggota badan semasa si mati dicederakan.
            
      Menurut Imam Syafi’I dan Imam Ahmad, jika anggota badan yang akan di qisas itu hilang maka hukuman qisas dan segala aspeknya menjadi mansuh. Akan tetapi wajib membayar diyat. Kerana qisas dan diyat itu wajib dilaksanakan, apabila salah satunya tidak dapat dilaksanakan maka diganti dengan hukuman yang lainnya.[23]
            
         Pemberian maaf sebagai penyebab gugurnya hukuman qisas telah diatur dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 178 yang ada di sebut di atas meskipun Islam menetapkan hukuman mati, namun sebenarnya Islam menyuruh memilih antara qisas dan memaafkan ertinya tidak menuntut pembayaran (denda) apa-apa.
            
       Menurut Imam Syafi’I dan Imam Ahmad, pengertian memaafkan itu bermaksud menggugurkan qisas atau diyat tanpa sebarang imbalan. Sedangkan menurut Imam Malik dan Abu Hanifah, permaafan terhadap diyat itu boleh dilaksanakan apabila mempunyai kerelaan terhadap pelaku atau terhukum. Kesimpulannya, menurut kedua-dua ulama tersebut permaafan adalah permaafan qisas tanpa sebarang imbalan. Adapun, memaafkan diyat itu bukan permaafan melainkan dengan melalui perdamaian. Orang yang berhak memaafkan qisas adalah orang yang berhak menuntutnya.[24]

Perdamaian merupakan hak yang dimiliki oleh orang yang berhak atas qisas dan permaafan atau ahli warisnya. Jadi wali al-Dam (kerabat dekat) yang mempunyai hak untuk menuntut pembalasan, boleh menghapuskannya, sama ada dengan  memaafkan (‘afw) ataupun dengan jalan damai (suluh) kepada si penjenayah melaluitebusan wang, dan si penjenayah mesti juga melakukan kafarah.[25]

Jikalau dalam perdamaian itu ada tuntutan diyat, maka caranya mesti merujuk kepada hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bererti : “barang siapa yang membunuh dengan sengaja, maka ia diserahkan pada keluarga terbunuh. Apabila mereka menghendaki maka membunuhnya atau minta diyat dengan 30 ekor unta hingga umur 3 tahun, 30 ekor unta jaza’ah umur 4 tahun dan 40 ekor unta khalifah umur 5 tahun jumlahnya 100 ekor unta. Hasil perdamaian itu untuk mereka (ahli waris si pembunuh). Demikian itu untuk menakutkan terhadap pembunuhan.”[26]
            
          Qisas juga dapat digugurkan apabila diwariskan kepada keluarga mangsa. Contohnya apabila ahli warisnya adalah anak kepada pembunuh iaitu kedudukan penuntut dan penanggungjawab qisas dipegang oleh orang yang sama. Sebagai contoh, A membunuh saudaranya sendiri sedangkan ia tidak mempunyai ahli waris lain kecuali dirinya sendiri.
            
         Sebagai perbuatan yang keji, pada dasarnya pembunuhan mengandungi tiga jenis hak iaitu hak Allah, hak ahli waris dan hak yang dibunuh. Apabila ia bertaubat dan menyerahkan dirinya kepada waris (keluarga yang dibunuh), dia terlepas dari hak Allah S.W.T dan hak waris, sama ada mereka melakukan qisas atau mereka ampuni, keampunan dengan membayar diyat atau tidak, sesudah itu hak yang dibunuh sudah ditinggalkan, dan akan diganti oleh Allah s.w.t di akhirat dengan kebaikan.
            
        Terdapat tiga jenis hukuman dalam pembunuhan iaitu hukuman utama, hukuman pengganti dan hukuman tambahan. Hukuman utama yang dimaksudkan di sini ialah hukuman qisas dan apabila dimaafkan oleh keluarga mangsa, maka hukuman penggantinya adalah hukuman diyat iaitu denda. Akhirnya jika hukuman qisas atau diyat dimaafkan, maka hukuman penggantinya adalah takzir dan kafarah mengikut Imam Syafi’I sedangkan hukuman tambahan berkaitan dengan hal ini adalah pencabutan atas hak waris dan hak wasiat harta dari orang yang dibunuh terutamanya jika antara pembunuh dengan yang dibunuh mempunyai hubungan kekeluargaan.
           
         Mengikut Imam Syafi’I, apabila ada seorang ayah (hamba) sedangkan anaknya seorang yang merdeka lalu anak itu dibunuh oleh ayahnya maka ayahnya itu tidak dibunuh kerananya dan diyat anak itu ditanggung ayahnya, begitu pula sama dengan hukumnya jika anak itu seorang hamba, sedangkan jika darah keduanya seimbang atau sebanding maka berlakuknya qisas.   
            
        Jadi pada dasarnya kewajipan qisas yang dibolehkan oleh Allah s.w.t itu merupakan dua pilihan iaitu antara melaksanakan dan menggugurkannya. Apabila dalam kenyataannya ada penyebab-penyebab yang menjadikan gugurnya hukuman qisas, maka keputusan itu mesti dipenuhi, begitu pula tentang diyat, takzir mahupun kafarah. Pelaksanaan kafarah dapat dilaksanakan dengan cara memerdekakan hamba Islam yang tidak cacat atau memberi makan 60 fakir miskin apabila ia tidak sanggup.
            
           Tentang bayi atau kanak-kanak sebelum baligh, terdapat beberapa perbezaan pendapat seperti mana berikut : Abu Hanifah, hukuman bunuh ke atasnya setelah baligh dan tidak bertaubat. Pendapat Imam Syafi’I : kanak-kanak sebelum baligh tidak sah Islamnya lalu ia tidak diambil kira. Abu Hanifah, Ahmad Hanbal, Ishak Rahawaih, Ibn Abi Syaibah : adalah sah Islam kanak-kanak sekiranya telah 10 tahun dan faham tentang Islam. Bahkan dianggap sah Islam ketika 3 tahun. Semua nama di atas menyatakan bunuh selepas baligh.[27]

        Contohnya : “kes di mana ahli keluarga mangsa telah memberi suluh (berdamai/ kemaafan) kepada pembunuh. Hukuman diyat (ganti rugi) mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, syarat-syarat yang membolehkan diyat, penentuan terhadap diyat berat, dan ringan dan lain-lain.

14.0          DIYAT
Diyat iaitu hukuman ganti rugi atau denda yang dikenakan sebagai ganti rugi ke atas anggota badan yang dipotong atau dilukakan oleh penjenayah. [28] diyat dikenakan jika pesalah dilakukan kesalahan kecederaan tidak sengaja atau jika hukuman qisas tidak dapat dijalankan dengan sebab-sebab tertentu seperti penjenayah sememangnya cacat, atau mangsa telah memaafkannya dari pelaksanaan qisas. Kadar diyat ini ditetapkan berasaskan anggota yang dicederakan sebagai contoh 100 ekor unta bagi anggota yang tunggal seperti lidah, kemaluan lelaki. 50 ekor unta pula didenda bagi anggota kembar seperti telinga dan seterusnya. Kadar diyat juga boleh dikira berasaskan fungsi anggota tersebut. Seperti, 100 ekor unta untuk kehilangan fungsi pendengaran dari kedua-dua telinga dan kehilangan fungsi menghidu dan seterusnya. Diyat juga boleh dilihat dari sudut kadar luka umpamanya, luka yang mengena daging setelah kulit (al-Badhi’ah), diyatnya 3 ekor unta luka yang masuk dalam daging (al-Mutalahimah) dan diyatnya 4 ekor unta, luka yang mematahkan tulang (al-Hashimah), diyatnya 10 ekor unta dan seterusnya.

15.0.1 KADAR DIYAT
Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu. Kadar penuh diyat ialah 100 ekor unta. Walaubagaimanapun, para ulama berpendapat bahawa boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah :
1.      Wang emas bersamaan 1000 dinar
2.      Wang perak bersamaan dengan 10,000 hingga 12,000 dirham
3.      Lembu bersamaan dengan 200 ekor
4.      Kambing bersamaan dengan 2000 ekor
5.      Persalinan bersamaan dengan 200 persalinan lengkap

15.0.2 DIYAT JENAYAH MEMBUNUH
Pembunuhan sengaja ialah pembunuhan dengan niat, hukuman diyatnya ialah 100 ekor unta secara terus tanpa tangguh yang terdiri daripada :
1.      30 ekor Juz’ah (unta berumur 5 tahun)
2.      30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
3.      40 ekor Hulqah

Bagi jenayah membunuh dengan sengaja , terdapat dua hukuman iaitu qisas dan diyat. Diyat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qisas bunuh tetap dikuatkuasakan dan dilaksanakan dengan serta-merta.
Adapun untuk pembunuhan separuh sengaja pula diyatnya adalah 100 ekor unta seperti di atas tetapi bayaran boleh ditangguhkan atau diselesaikan sehingga 3 tahun.
Pembunuhan tidak sengaja, diyatnya adalah 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri daripada :

1.      20 ekor Juz’ah (unta berumur 5 tahun)
2.      20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
3.      20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
4.      20 ekor Ibn Labun (unta berumur 3 tahun)
5.      20 ekor Bintu Mukhad (unta betina berumur 5 tahun)

Kes jenayah pembunuhan separuh sengaja ialah seperti seorang memukul orang dengan tongkat, seseorang yang melemparkan dengan batu kerikir, tanpa disangka-sangka mengenai orang dan terus mati (tanpa niat membunuhnya).

Pembunuhan tidak sengaja ialah adalah seperti seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan. Hukumannya adalah diyat sahaja, namun qisas tidak dikenakan ke atasnya.
Satu lagi perkara sebagai ingatan ialah bahawa :

1.      Diyat perempuan adalah ½ daripada diyat lelaki.
2.      Diyat hamba adalah ½  daripada diyat orang merdeka.
3.      Bagi penjenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dalam pengampunan.

15.0.3 DIYAT JENAYAH MENCEDERAKAN ANGGOTA BADAN
Kadar diyat mencederakan anggota badan adalah berbagai-bagai dan di antaranya adalah seperti berikut :
1.      100 ekor unta untuk anggota badan tunggal seperti terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
2.      50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-kedua terbabit maka diyatnya adalah 100 ekor unta. Ia merangkumi salah satu daripada kaki atau tangan, mata dan telinga.
3.      33 ekor unta untuk luka al-Ja’lifah (luka hingga ke dalam bahagian otak)
4.      33 ekor unta untuk luka al-Ma’muumah (luka yang sampai ke selaput kepala)
5.      25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) seperti kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 ekor unta.
6.      10 ekor unta untuk luka al-Hashimah (luka memecahkan dan mematahkan tulang)
7.      15 ekor unta untuk luka al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga beralih dari tempatnya).
8.      10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian seperti jari tangan dan jari kaki. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.
9.      5 ekor unta untuk luka Mudhihah dan Muwadhahahah (luka yang menampakkan tulang).

16.0 HIKMAH PENSYARIATAN QISAS
Setiap undang-undang atau peraturan yang disyariatkan Allah kepada umat manusia tidak didatangkan dengan sia-sia. Bahkan mempunyai kebaikan dan hikmah yang kebanyakkannya tidak diketahui oleh orang ramai. Maka begitulah halnya dengan undang-undang qisas yang diwajibkan kepada orang-orang yang beriman untuk melaksanakannya. Hukuman qisas tidak boleh dianggap menyusahkan dan memudaratkan malah ianya mempunyai hikmah atau signifikasinya yang tersendiri.

16.0.1 MEMBERI KEADILAN KEPADA MANUSIA
Hukuman qisas dikatakan memberi keadilan kepada umat manusia kerana qisas adalah satu hukuman yang paling adil dan saksama. Ini adalah kerana hukuman qisas menyamai dengan jenayah yang telah dilakukan. Sebagai contoh seseorang yang membunuh dengan sengaja akan dikenakan hukuman bunuh, seseorang yang memotong telinga orang akan dibalas dengan memotong telinganya dan sebagainya. Adalah tidak adil jika seorang anak kehilangan ayahnya yang dibunuh orang dengan kejam dan pembunuh berkenaan tidak dijatuhkan hukuman bunuh. Begitu juga jika seseorang yang kehilangan nikmat melihat kerana perbuatan kejam dari orang lain dan si pelaku tersebut tidak dikenakan apa-apa hukuman. Hal seperti ini haruslah dielakkan dengan wujudnya hukuman qisas.

16.0.2 MENCEGAH ORANG MELAKUKAN JENAYAH
Melaksanakan hukuman qisas dapat mencegah serta menghalang orang yang berhasrat ingin melakukan jenayah daripada meneruskan niatnya. Jika mereka mengetahui hukuman yang bakal diterima adalah menyamai jenayah yang dilakukan pasti si pelaku jenayah tersebut akan merasa takut dan berfikir secara waras sebelum melakukan jenayah seterusnya membatalkan niatnya kerana memikirkan hukuman qisas yang bakal diterima akibat melakukan jenayah tersebut.

16.0.3 MEREDAKAN DENDAM WARIS SI MANGSA
Hukuman qisas dapat meredakan kemarahan dan dendam waris-waris mangsa jenayah bunuh. Waris-waris seperti ibubapa atau anak-anak mangsa jenayah bunuh akan merasa lega dan kurang marah jika pembunuh tersebut turut dihukum bunuh juga. Sebaliknya jika pembunuh itu hanya dipenjara atau didenda maka waris tadi berkemungkinan akan mencari peluang untuk membalas dendam bukan sahaja kepada pembunuh bahkan kepada juga kepada keluarga si pembunuh. Hal seperti ini berlaku di zaman jahiliah di mana jika didapati seorang sahaja anggota qabilah yang dibunuh orang, maka qabilah berkenaan akan membalas dendam dengan membunuh seberapa ramai anggota qabilah yang membunuh itu bagi memuaskan nafsu amarahnya.

16.0.4 MENJAMIN KEHIDUPAN YANG AMAN TENTERAM
Melalui hukuman qisas jaminan kehidupan yang aman dapat dinikmati oleh manusia. Jika melakukan sebarang jenayah maka mereka akan dibalas sama seperti jenayah yang dilakukan kerana qisas merupakan suatu hukuman balas balik. Oleh itu kuranglah kadar jenayah yang dilakukan oleh manusia kerana mereka lebih peka dalam berfikir sebelum melakukan sesuatu jenayah itu. Maka kehidupan yang aman dapat dikecapi oleh semua orang tanpa keraguan terhadap sebarang ancaman jenayah.   


17.0KESIMPULAN
Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang mereka lakukan, samada perbuatan itu baik atau buruk, kecil ataupun besar. Sebagaimana fiman Allah s.w.t :

`yJsù ö@yJ÷ètƒ tA$s)÷WÏB >o§sŒ #\øyz ¼çnttƒ ÇÐÈ `tBur ö@yJ÷ètƒ tA$s)÷WÏB ;o§sŒ #vx© ¼çnttƒ ÇÑÈ
Maksudnya: Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.( surah Al-Zalzalah ayat 7 &8)

Konsep utama penciptaan dan perutusan manusia kedalam dunia ini ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dan memakmurkannya. Justeru itulah Islam menyuruh umatnya melakukan amalan kebajikan dan kebaikan di dunia ini. Sesiapa yang melakukan maksiat dan kejahatan akan dijanjikan dengan azab yang pedih di akhirat nanti. Sebagaimana firman Allah s.w.t. :

¨bÎ) tûïÏ%©!$# (#rãxÿx. $uZÏG»tƒ$t«Î/ t$ôqy öNÍkŽÎ=óÁçR #Y$tR ...
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka.

Di dalam perbincangan di atas mengenai qisas, maka jelaslah bahawa qisas merupakan salah satu hukuman yang wajib dilaksanakan keatas sesiapa yang melakukan jenayah membunuh kecuali sekiranya ada kemaafan dari pihak keluarga yang kena bunuh. Setelah difahami bahawasanya para fuqaha’ sependapat bahawa wali atau keluarga yang kena bunuh berhak sama ada menuntut qisas atau memberi maaf kepada pembunuh, sama ada kemaafan itu dengan cara menuntut ganti rugi berbentuk diyat atau dalam bentuk lain.

18.0 RUJUKAN
1        Al-Quran Karim Rasm Usmani
2        Dr. Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji,Kitab Fiqh Mazhab Syafie Jilid 8  terbitan Pustaka Salam,cetakan Mac 2009.
3        Paizah Haji Ismail,Buku Undang-Undang Jenayah Islam, terbitan Tradisi Ilmu Sdn. Bhd, cetakan kelima 2008.
4        Abu Mayaza Al-Hafiz & Abu Izzad Al-Sahafi, Fiqh Jinayat Islam, terbitan Al-Hidayah Publisher, cetakan 2004.
5        Mahmood Zuhdi Ab Majid, Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah di Malaysia.

[3]Bidang kuasa jenayah mahkamah syariah di Malaysia hlm 172
[4] Surah Al-Qasas: Ayat 11
[5] Surah Al-Baqarah: Ayat 178-179
[6] Surah Al-Isra’: Ayat 33
[7] Surah Al-Maidah: Ayat 45
[11] Surah Al-Isra’ : Ayat 33
[12] Hadis Riwayat Ibnu Majah dari Abdurrahman Ibnu Ghunum.
[13] Surah Al-Baqarah : Ayat 194
[14] Surah An-Nahl : Ayat 126
[15] Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Bazzaz dari Al-Barra
[16] Surah Al-Baqarah : Ayat 178
[17] Surah Al-Maidah : Ayat 45
[18] Hadis Riwayat oleh Periwayat Berlima, kecuali At-Tirmizi dari Anas Ibn Malik.
[19] Mahmud Syaltut, Al-Islam Aqidah wa Syariah, Mesir: Dar al-Qalam 1966 hal 52
[20] Joseph Scacht, Pengantar Hukum Islam, Jakarta ; Depag R1 1965 m/s 238-239
[21] Muhammad bin Abdurrahman al-Dimasyqi, Rahmah al-Ummah, Fi Ikhtilaf  al-A’immah, Jeddah:al-Haramaini li ath Thiba’ah,tt,m/s 427.
[22]  Abdul Ghani Azmi .Idris, Mengenal al-Quran Jenayah Islam, m/s 194.
[23] Al-Bada’I al-San’ani,VVI, m/s 180.(Mesir:Mustafa al-Bab al-Halabi,1950)
[24] Prof.Drs H.A.Djazuli.Op.cit m/s 156.
[25] Joseph Schacht, Op.cit m.s 233.
[26] Hadis Riwayat al-Tirmizi.
[27] Al-Nawawi, al-Mjamuh, Syarh al-Muhazzab, jld 21 m/s 43
[28] Ringkasnya diyat adalah benda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.